PROGRAM PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID/SURAU BAGI BULAN MAC FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
Pada hari ini, YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Masjid/Surau bagi Bulan Mac Fasa 1 Tahun 2021 bertempat di Masjid Kampung Seri Sepakat, Mukim Chaah Bahru.
Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan kurniaan sumbangan tersebut kepada Tuan Haji Abu Nawar bin Saimon , Pengerusi Masjid Kampung Seri Sepakat dan beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama Ahli Jawatankuasa Masjid.
Pendekatan ini juga merupakan kesinambungan gerak usaha yang berorientasikan salah satu titik fokus Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu 🅿️𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡.
Turut hadir, As-Sheikh Kadi Daerah Batu Pahat, Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Ketua Penolong Pegawai Daerah; Penolong-Penolong Pegawai Daerah, Ketua Penghulu; Penghulu Tinggi; Penghulu Mukim Chaah Bahru; dan wakil PUSPANITA Cawangan Daerah Batu Pahat.